Budaya Orang Tamil

Bahasa dan Kesusasteraan

Orang Tamil mempunyai perasaan yang kuat terhadap bahasa Tamil, yang sering dihormati dalam kesusasteraan sebagai "Tamil̲an̲n̲ai", "ibu Tamil". Seperti bahasa-bahasa India selatan lain, Bahasa Tamil berasal dari keluarga Bahasa Dravidia, yang tidak berkaitan dengan bahasa-bahasa Indo-Eropah utara India. Bahasa Tamil juga bebas dari pengaruh Sanskrit dan banyak mengekalkan ciri-ciri Proto-Dravidia. Tetapi Bahasa Tamil yang digunakan pada masa moden ini banyak mengunakan kata pinjaman dari Bahasa Inggeris dan Sanskrit. Kesusasteraan Tamil dianggap unik dan diiktiraf sebagai bahasa klasik oleh kerajaan India.

Seni tampak dan seni bina

Kebanyakan seni klasik Orang Tamil bertemakan keagamaan dan biasanya berpusat kepada agama Hindu, walaupun unsur agama adalah selalunya hanya satu cara untuk mewakili universal dan sekali-sekala kemanusiaan. Lukisan Tanjore adalah bentuk lukisan Tamil yang sangat penting dan ia dilahirkan di Thanjavur semasa kurun ke-9. Arca Tamil terdiri daripada ukiran batu yang elegan di kuil ke ikon gangsa dengan perincian yang indah. Gangsa dari zaman pertengahan Chola dianggap salh satu sumbangan yang terbesar kepada seni dunia.

Agama

Sebanyak 88% rakyat Tamil Nadu beragama Hindu. Agama Kristian dan Islam masing-masing mencatakan 6% dan 5.5%.

Rujukan

WikiPedia: Orang Tamil http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=t... http://www.flonnet.com/fl1816/18160950.htm http://www.hindu.com/2005/02/17/stories/2005021704... http://ces.iisc.ernet.in/hpg/cesmg/peopling.html http://www.censusindia.gov.in/Census_Data_2001/Cen... http://www.statistics.gov.lk/PopHouSat/CPH2011/ind... http://www.tamilnation.org/hundredtamils/index.htm http://www.singstat.gov.sg/publications/publicatio... https://www.cia.gov/library/publications/the-world... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Tamils...